Hari ni Cik Dibah nak kongsi tips untuk cantik.. Semua orang mesti nak cantik kan? Tipulah kalau anda cakap anda taknak cantik. Cantik untuk suami apa salahnya kan? Untuk kebaikannya kita juga.. Jadi.. jom baca dan amalkan tips yang Cik Dibah kongsi ni..
1. Minum banyak air
Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
2. Bersenam
Baik untuk kesihatan..elok juga untuk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas untuk bersenam. Lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan merokok.
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu. Jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?
4. Tidur yg cukup
Jangan asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. Tidur juga adalah cara untuk detoks otak. Jadi, pastikan tidur anda cukup!
5. Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih
6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
7. Manjakan diri
Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan stress.
Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Don't worry, be happy.
- Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!
10. Ketawa penghibur duka
- Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Oleh: Syazfida Afzan binti Abdullah Sani
Sebagai tambahan, Cik Dibah amalkan memakan supplement yang membantu untuk melengkapkan nutrient yang diperlukan badan. Cik Dibah amalkan supplement Vitalea, Vitamin C, Ostematrix dan Alfalfa Shaklee. Vitalea untuk Cik Dibah kekal aktif sepanjang hari. Vitamin C untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dan untuk kulit yang sihat. Alfalfa untuk badan bebas dari toksin yang berlebihan dan telan 4 biji Ostematrix untuk tulang, gigi, kuku yang sihat.
Cik Dibah sudah berShaklee. Anda pula bagaimana?
Nak dapatkan supplement Shaklee?? Hubungi Cik Dibah
sms/whatsapp Cik Dibah 0172009858
emel: deebahnye@gmail.com
FB: Cik Dib Dib
FB Page: Cik Deebahnye Online Shop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan