Isnin, 17 Februari 2014

FAQ Pad Kain


Apakah itu Pad Kain?


Pad kain adalah alternatif kepada pad pakai buang yang boleh diguna semula. Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Secara amnya ia terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid dan juga nifas bagi yang bersalin.

Adakah ia datang dalam saiz yang berbeza?

a) Pantiliner; b) Slim cloth pad; c) Maxi cloth pad; d) Heavy cloth pad; e) Maternity cloth pad

Sudah tentu! Snowdrop menghasilkan 4 saiz yang berbeza untuk disesuaikan dengan setiap aliran dari ringan hingga ke aliran yang sangat berat. Kesemuanya juga dilengkapi dengan 2 butang untuk kemudahan melaraskan lebar supaya ia sesuai dengan saiz pelvis setiap individu. Semua Pad Kain kami telah direkabentuk khas untuk meliputi seluar dalam tanpa mengerutkan seluar dalam, terutamanya di bahagian belakang untuk perlindungan yang lebih baik dan selesa sepanjang hari. Dilengkapi dengan minky yang sangat lembut bersebelahan dengan kulit, ia terasa kering kerana minky menyerap lembapan jauh dari kulit dan kemudiannya diserap oleh lapisan penyerap mikrofiber yang anti-bakteria. Tidak seperti lapisan kalis air yang biasa digunakan dalam Pad kain lain di pasaran iaitu Poliester bersalut Polyurethane, kami menggunakan Nilon bersalut PU yang mempunyai perudaraan yang sangat baik bagi menyediakan aliran udara untuk rasa segar dan cepat kering.

Adakah ia tidak bau?

Anda akan terkejut bahawa darah anda tidak mengeluarkan bau yang menjijikkan seperti yang anda fikirkan selama ini. Darah kita sememangnya steril dan bersih dari saat ia keluar dari faraj. Ia hanya berbau darah yang normal, sama seperti darah yang keluar dari mana-mana bahagian badan yang lain, contohnya seperti luka pada permukaan kulit.

Bau yang busuk sebenarnya adalah kesan dari tindak balas kimia antara darah dan bahan kimia di dalam pad pakai buang, bukanlah dari bau darah itu sendiri.

Adakah ia bersih?

Sudah tentu! Secara teknikalnya, pad kain adalah jauh lebih bersih dari pad pakai buang kerana darah hilang sepenuhnya semasa basuh. Jadi ia boleh digunakan semula untuk bertahun tanpa risiko jangkitan.

Ia terbukti apabila anda tidak akan merasa gatal apabila menggunakan pad kain untuk jangka masa yang panjang, tidak seperti pad pakai buang anda akan merasa tidak selesa serta gatal jika digunakan pada jangka masa yang panjang kerana pad pakai buang diperbuat dari kertas kitar semula atau pulpa kertas; yang mengandungi kimia dan toksik yang merbahaya. Apabila kimia dan toksik ini bertindak balas dengan darah, ia akan membiak bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan faraj dan keputihan yang tidak normal bagi sesetengah wanita.

Berminat untuk dapatkannya?

Hubungi Cik Dibah yer.
emel: deebahnye@gmail.com
sms/whatsapp: 0172009858

nota kaki: Sayangi miss V anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...