Rabu, 24 Mei 2017

Hiking Bukit Panorama, Sungai Lembing

Assalammualaikum..
Sebenarnya entry ni dah lama bersarang dekat dalam draf. Baru tergerak hati nak post. Haha.. 

Siapa tahu Bukit Panorama kat mana.. 
Okaylah, Bukit Panorama ni terletak di Sungai Lembing, lebih kurang 40km dari Kuantan, Pahang. Nama pun bukit jadi tak tinggi mana pun. Lebih kurang 290 meter saja dari aras laut.

Sumber dari Mr. Google. 
Kali ni Cik Dibah nak cerita pengalaman panjat Bukit Panorama untuk kali ketiga. Yer, kali ketiga dalam tempoh 9 tahun berada di bumi Kuantan ni. Haha..

Kali pertama pada tahun 2007. Terpaksa panjat sebab ikut program universiti. Masa tu dengar arahan dan tak tahu yang nama bukit yang nak dipanjat tu ialah Bukit Panorama. Lalu track yang turun naik turun naik tu pulak tu. Masa tu rasa, weh kau nak bawak aku gi hutan mana ni?! haha.. 


Antara pemandangan yang dapat dilihat dari puncak Bukit Panorama
Kali kedua pula pada tahun 2015 panjat melalui track tangga bersama-sama dengan adik-adik yang kerja part time di Cool Station Gambang. Bukan terpaksa, kali ni sukarela nak bagi badan keluar peluh sambil menikmati keindahan alam. 

Sebenarnya dah lama planning untuk kali yang ketiga ni. Sejak dari pertengahan tahun 2016 lagi. Tapi banyak kali postpone sebab cuaca tak menentu dan banyak kerja di hujung minggu. Masa mula-mula rancang tu memang ramailah yang nak join. Tapi akhirnya pergi hiking berdua je dengan Cik Siti. Normal la tu kan..

Jadi tanggal 18 Feb 2017 kami berdua pun pergilah..


Mengenangkan kami tak eager sangat nak tengok sunrise (hakikatnya malas nak bangun awal pagi), kami bertolak lebih kurang pukul 7 pagi dari rumah kami yang terletak di Gambang. Ambil masa lebih kurang 30-40 minit jugalah untuk sampai.

Berhenti berehat sekejap.. penat oi panjat tangga..
Lebih kurang 815 anak tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke puncak. Fuuuuhhh...gigil lutut. 

Tabik spring dengan budak-budak ni.. Nanti dah ada anak, nak ajak dorang hiking jugaklaa.. (berangan...puii..)

Yeay, setel 1 bukit!

Selesai untuk kali ni.. lepas ni rancang nak pergi Air Terjun Pelangi pulak. Bila tu.. tak tahu lagilah. Siapa nak ikut, sila angkat tangan! Hihi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...