Rabu, 3 Julai 2013

Genting Oh Genting~~Part 1

Ok, sebenarnya saja je nak bagitau yang Cik Diba baru je balik dari Genting Highland. hihihi.. So Cik Diba nak kongsilah sikit pengalaman trip Cik Diba bersama kawan-kawan seangkatan ke Genting. Manalah tau kan kalau boleh membantu anda semua yang nak pergi. 

Cik Diba pergi berlima jer. Pergi weekdays, tak berani nak pergi weekend. Tak dapat bayangkan macam mana kalau pergi weekend sebab masa Cik Diba pergi tu pun rasa dah sesak sangat dah. Hohoho...

Cik Diba kan student lagi. Jadi pergi naik bas dari bus stop depan UMP Gambang ke Pudu Sentral. Lebih kurang pkul 4 lebih sampailah kami ke Pudu Sentral. Mengenangkan pukul 6pg pudu baru buka, jadi Cik Diba dan kawan-kawan lepaking kat KFC yang berdekatan dulu. Pudu sentral buka jer, Cik Diba dan kawan-kawan terus serbu surau dia. Rehatkan diri sebentar di surau, solat dan sbgnya. Then barula Cik Diba dan kawan-kawan pergi meng'hunting' tiket tuk ke Genting. 

Cik Diba dan kawan-kawan sepakat pilih pakej yang ditawarkan Go Genting Bus Ekspress sebab kami rasa pakej tu paling berbaloi. Rm60 untuk tiket bas pergi dan balik, tiket cable car pergi dan balik serta outdoor game/ lunch. 


Hah, menganga tak tengok? Pakej bas ni bukan ada dari Pudu Sentral je. Available juga di KL Sentral, 1 Utama, Terminal Gombak dan Hentian Klang. Anda boleh tengok dekat Link ni yer. 

To be continue....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...