Selasa, 19 April 2016

Pad Kain: Saiz Mana Yang Sesuai?


Saiz yang mana paling sesuai dengan saya?



Ni memang antara soalan yang popular untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan pad kain. Rileks.. jangan stress.. Meh Cik Dibah bantu.. baca sampai habis naa...


Memilih saiz yang betul adalah tentang perlindungan dan aliran haid. Ukur panjang produk (pad pakai buang atau pad kain jenama lain) yang anda sedang gunakan dan pilih pad atau pelapik dengan panjang yang sama.



Lebar bagi bahagian depan dan belakang adalah berbeza-beza bagi setiap saiz. Lebar di tengah-tengah(sayap) dari saiz pelapik sehingga ke pad kami adalah sama iaitu kira-kira 2.8 inci apabila dibutangkan, walaubagaimanapun terima kasih kepada ciri yang hebat iaitu 2 butang yang boleh dilaraskan kelebarannya untuk kesemua saiz pad, ia boleh diselaraskan kepada 3.2 inci untuk perlindungan yang lebih luas di bahagian tengah atau untuk seluar dalam yang lebih lebar atau besar.

Pad Light Mist kami adalah setanding dengan saiz Maxi pad pakai buang yang biasa di pasaran, manakala Medium Dew pula amat sesuai untuk menggantikan pad malam dan saiz ini adalah yang paling digemari untuk kegunaan siang oleh pelanggan yang berbadan agak besar dan juga untuk aliran berat pada siang hari. Jika anda memerlukan perlindungan tambahan untuk semalaman dan juga siang, pad Heavy Stream adalah pilihan yang tepat kerana ia lebih panjang dan lebar di bahagian belakang berbanding Medium Dew.

Kami menamakan kesemua saiz produk kami dengan panggilan aliran yang paling ringan setiap saiz itu boleh menampung. Contohnya, pad Light Mist adalah untuk aliran ringan ke sederhana walaupun ia dipanggil 'Light' bermaksud ringan. Sama juga seperti Medium Dew, ianya sesuai untuk aliran sederhana ke berat tetapi dipanggil ‘Medium’ bermaksud sederhana, dan begitu juga bagi saiz lain. Rangkaian produk kami adalah sesuai untuk semua wanita yang mempunyai pelbagai aliran termasuklah aliran yang sangat berat.

Untuk saiz yang paling sesuai, kami mencadangkan agar anda mencuba saiz yang berbeza bagi mendapatkan saiz yang terbaik untuk anda. Cuba kit permulaan/pakej basic kami yang merangkumi pelbagai saiz, dengan 2 atau 3 pelapik sebagai permulaan. Walaubagaimanapun, sesetengah wanita mendapati bahawa mereka lebih suka hanya 1 atau 2 saiz sahaja dan hanya menggunakan saiz tersebut sepanjang haid mereka. Ia menunjukkan paling penting untuk mengetahui aliran haid anda sendiri serta bila masa anda menggunakannya.



Okay, menjawab kemusykilan anda tak? Boleh tanya Cik Dibah kalau tak faham lagi yer.. see you till next post.. daa~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...