Selasa, 20 Ogos 2013

Kenapa Jerawat Tumbuh Di Kawasan Tertentu Di Muka?

Assalamualaikum semua.. 

Pernah tak anda semua perasan, kadang kala jerawat hanya tumbuh di kawasan tertentu saja di muka kita. Nak tahu tak apa sebabnya? Teruskan bacaan anda sambil belek-belek muka sendiri yer, Cik Dibah nak kongsi sikit ni..



Antara tempat- tempat yang sering diterjah oleh jerawat iaitu :- (bahagian muka je)



DAHI - Jerawat di dahi ini kemungkinan disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Oleh itu, amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut yang melampau dan sistem penghadaman anda bermasalah. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi. Oleh itu, berhati-hati ek bagi kaum wanita.

DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyaktoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN - Fungsi paru- paru mungkin tidak normal

PADA BADAN ( BELAKANG DAN DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan diikuti piramid makanan bagi memastikan toksin dapan disingkirkan dengan lebih baik.

Sekadar perkongsian, kadang- kadang jerawat juga punca daripada masalah resdung, dan hal ini juga boleh dikaitkan dengan faktor genetik.



Hah, Cik Diba nak kongsi juga produk Shaklee yang boleh membantu anda untuk mencegah jerawat. Bukan setakat boleh mencegah, kulit pun bole jadi flawless tau..

  1. B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi.
  2. Vitamin C – menjaga kesihatan kulit.
  3. Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.
Jangan lupa hubungi Cik Dibah untuk dapatkannya ya. Harga istimewa untuk anda ;)

Cik Dibah
sms/whatsapp 0172009858 
Emel : deebahnye@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...