Assalamualaikum dan salam sejahtera mommy preggy semua.
Apa khabar? Bayi dalam kandungan sihat ke? Cik Dibah harap mommy-mommy sihat sejahtera dan seronok menjalani tempoh mengandung ini. Nikmatilah dengan perasaan yang gembira. Jangan lupa ini adalah anugerah Allah untuk kita meneruskan legasi ummat Muhammad SAW.
Kali ini Cik Dibah nak berkongsi bahaya HB rendah semasa hamil. Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL
Apakah HB Rendah / Anemia?
Anemia adalah satu situasi di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, ianya dikatakan sebagai kurang dari paras normal 9mg peratus hemoglobin.
Punca HB Rendah
Ada beberapa sebab terjadinya masalah ini ketika hamil. antaranya ialah:
- Ibu kurang mengambil sumber zat besi seperti kerang dan daging
- Ibu yang kerap hamil
- pendarahan dari faraj atau buasir
- lain-lain penyakit seperti pendarahan, barah atau jangkitan kuman
Tanda-tanda Pesakit Menghidapi HB Rendah
- Kulitnya kelihatan pucat
- Rasa mahu pitam apabila mahu bangun
- Rasa cepat letih dan lesu
- Cepat mengah
- Jantung cepat berdebar-debar
Akibat daripada HB Rendah
- Mungkin mengalami keguguran
- Anak yang dilahirkan tidak cukup bulan/berat
- Mengalami tumpah darah ketika bersalin (paling bahaya) - boleh bawa maut
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Anak mati dalam perut
Sebenarnya ramai ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yang sgt penting untuk pembentukan Hb ini. Kekurangan ini berpunca akibat pengambilan nutrisi harian yang tidak atau kurang mengandungi zat besi.
Apabila anemia melampau berlaku (iron deficiency anemia), rawatan biasanya merangkumi dos terapi 200mg zat besi setiap hari, bergantung kepada kekerapan anemia tersebut. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan oleh doktor sekiranya ibu hamil disahkan anemik!
Untuk mencegah kekurangan zat besi (iron deficiency), sekurang-kurangnya 30mg suplemen zat besi (iron supplement as ferrous fumarate) disarankan tatkala hamil. Suplemen ini akan diberikan oleh doktor, diperolehi dari suplemen harian atau diet harian (sumber makanan semulajadi) kita.
Mujur Shaklee ada menghasilkan multivitamin yang kaya dan dilengkapi dengan zat besi. Ya nama multivitamin itu ialah Vitalea. Pengambilan suplemen 2 biji Shaklee Vitalea Iron Formula sangat-sangat membantu menangani masalah anemia (low Hb) ketika hamil ini.
Apa yang uniknya Vitalea shaklee???
- Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maksimum di usus kecil
- The best multivitamin dalam 'Public Interest' tahun 2000.
- Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
- Disokong oleh 7 kajian klinikal
- Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
- Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..
Biasanya apabila ibu hamil buat monthly check up, klinik akan bekalkan dengan vitamin obimin. Obimin merupakan vitamin yg memang lengkap dgn zat besi. Tapi Cik Dibah tak galakkan anda makan obimin ini. Lebih anda mengambil vitalea daripada obimin. Bukan sebab nak lariskan produk Shaklee yer..
Ini jawapannya...
Semoga perkongsian Cik Dibah kali ini dapat memberi manfaat kepada ibu hamil. Jaga diri dan jaga bayi dalam perut tu. Love you all mommies!
Hubungi Cik Dibah untuk dapatkan multivitamin keluaran Shaklee.
sms/whatsapp Dibah 0172009858
emel: deebahnye@gmail.com
mood berangan nk mengandung padahal kawen pun tak lagi.. alahai dibah oii~~
mood berangan nk mengandung padahal kawen pun tak lagi.. alahai dibah oii~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan