Ahad, 23 Jun 2013

Mitos Vitamin Shaklee

Hah.. hari ni Cik Dibah nak cerita pasal apa yang customer selalu utarakan dekat Cik Dibah sebelum mereka beli produk-produk Shaklee. Biasalah.. sebelum beli memang kita akan rasa ragu-ragu. Tapi bila dah cuba, nampak hasil pulak.. hmm... mesti akan jatuh cinta punya. Macam orang selalu cakap. Tak kenal maka tak cinta. Hihi.. 

So, dekat bawah ni Cik Dibah senaraikan antara mitos-mitos yang selalu orang fikir bila sebut pasal Shaklee.

1. Vitamin Shaklee hanya untuk orang sakit.
No.. no.. no... tidak benar sama sekali sayang oi.. Untuk pengetahuan semua, orang sihat pun ambil vitamin shaklee tau. Sebab mereka ingin mengekalkan kesihatan. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik dari merawat. Itu adalah konsep utama pemakanan tambahan Shaklee. Namun jika diambil oleh mereka yang mempunyai masalah kesihatan, ianya hanya membantu sel dalam badan berfungsi dengan lebih baik.


2. Vitamin Shaklee seperti performance drink HANYA untuk orang bersukan.
Hmm... bukanlaaa.. Performance drink tu sekadar minuman kesihatan untuk mencegah kehilangan air yang banyak terutama bagi golongan yang mempunyai metabolisme yang tinggi yang kuat berpeluh. Ia juga bagus untuk diambil pada bulan puasa dan kebanyakkan jemaah umrah dan haji akan sangat-sangat menyukainya apabila melaksanakan umrah/haji pada musim panas. 

3. Vitamin Shaklee boleh mencacatkan bayi dalam kandungan
Ish... taklaa.. Jangan risau. Seperti vitamin lain, ianya tiada kesan sampingan ke atas bayi dalam kandungan. Bezanya dengan vitamin hospital, vitamin Shaklee lebih mahal kerana kualiti yang kita bayar. Manakala vitamin hospital telah diberi subsidi oleh kerajaan. Kualiti?? Hmm.. fikirkanlah.

4. Vitamin Shaklee untuk penyusuan???
Ia hanya membantu badan ibu menghasilkan susu yang lebih produktif dan lebih berkualiti. Ternyata apabila rata-rata ibu yang mengambil produk **** tidak memberi kesan yang sewajarnya kepada ibu dan bayi. Tepuk dada tanya selera.

5. Jika berhenti makan vitamin badan boleh jadi gemuk, betul ke?
Alahai ini bukan dadah. Ini sekadar makanan tambahan. Pada botol supplement Shaklee tertera dietary supplement. Kebanyakan yang mengambil supplement akan mengadu mereka kurang makan kerana kenyang dengan supplement. Bagus la tu. Boleh maintain body. Slim gitu macam Cik Dibah. hihi..

6. Vitamin Shaklee sama je dengan vitamin lain?
Hmm.. kalau sama mengapa harganya berbeza? Ada juga dari USA tapi harganya sangat MAHAL. Ada yang claim vitamin mereka asli namun yang peliknya ada pulak SILICA GEL yang kita boleh jumpa dalam HANDBAG, KASUT SUKAN yang baru. Alamak, vitamin pun macam kasut yang perlukan silica gel tu ker?

Hah.. sekarang fikir-fikirkanlah. Jangan mudah percaya dengan mitos-mitos yang belum tentu betul tu yer.
Orait, seperti biasa. Sesiapa yang berminat dengan produk-produk Shaklee boleh hubungi Cik Dibah yer. Cik Dibah sentiasa sedia untuk membantu anda. Salam sayang~~

sms/whatsapp 0172009858 
Emel : deebahnye@gmail.com
FB Cik Dibah https://www.facebook.com/cik.dibdib
FB Fanpage : https://www.facebook.com/CikDeebahnyeOnlineShop

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...