Jumaat, 14 Jun 2013

Jerawat: Cara Merawat dan Mencegah

Hari ni Cik Diba nak kongsi cara merawat dan mencegah jerawat. Tapi, sebelum tu Cik Diba nak kongsi sikit info pasal jerawat. 

Tahukah anda, jerawat yang selalu tumbuh dekat muka kita tu sebenarnya adalah disebabkan oleh pengeluaran sebum secara berlebihan. Sebum ni dibuat oleh kelenjar sebaceous dalam pori-pori kulit kita. Sebum yang berlebihan ini akan menutup pori-pori dan menyebabkan munculnya bintik hitam atau blackhead. Apabila bakteria di bawah kulit membiak dan membebaskan enzim yang memecahkan sebum ini, maka terhasillah jerawat.Oh no...!!



Jerawat ni biasanya berlaku kepada remaja. Nak tau sebabnya? Sebab pada masa tu tubuh menghasilkan testosteron dan hormon kedewasaan lain yang meningkatkan penghasilan sebum itu tadi.

Jerawat biasanya banyak terjadi di bahagian muka, belakang, dada dan bahu. Sebab dekat situ terdapat banyak kelenjar sebaceous.

Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat, aiskrim boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor-faktor di atas tu bukanlah punca tumbuhnya jerawat, tapi merupakan penyebab jerawat menjadi semakin buruk.

Bila dah tahu puncanya, kenalah tahu cara nak cegahnya pula. Betul tak? Jadi dekat bawah ni Cik Diba senaraikan beberapa cara untuk mencegah kulit kita dari tumbuhnya jerawat. 

Cara mencegah jerawat:
  1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia.
  2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
  3. Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
  4. Dapatkan rehat secukupnya.
Hah, Cik Diba nak kongsi juga produk Shaklee yang boleh membantu anda mencegah jerawat. 
  1. B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi.
  2. Vitamin C – menjaga kesihatan kulit.
  3. Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.
Berminat? Bole contact Cik Diba yer
sms/whatsapp 0172009858 
Emel : deebahnye@gmail.com
FB Cik Dibah https://www.facebook.com/cik.dibdib
FB Fanpage : https://www.facebook.com/CikDeebahnyeOnlineShop


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...