Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu Oh Jerebu: Tips Menghadapi Jerebu

Macam mana keadaan jerebu di tempat anda? Tempat Cik Dibah dah mula berkurang. Alhamdulillah.. Tapi tetap perlu berjaga-jaga tau. 


Anda tahu kesan jerebu terhadap kesihatan kita? Hah, baca ni elok-elok. 

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
  • Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


Nak sakit? Mestilah tak nak kan.. Jadi kat sini Cik Dibah kongsikan juga tips-tips untuk menghadapi jerebu. Sharing is caring kan... hihi..


  • Kurangkan aktiviti outdoor yer. Kalau boleh, duduk rumah diam-diam. Kalau nak keluar jugak, pastikan anda memakai topeng/penutup hidung untuk jerebu. Jangan pakai topeng Ironman, Batman, Ultraman pulak tau. Bagi Cik Dibah, Cik Dibah lebih selesa menggantikan penutup hidung dengan tuala lembap. Rasa lebih fresh. hihi..
  • Kena banyakkan minum air tau. 
  • Bagi anda yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik, pergi ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Kena sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 
  • Wahai perokok, sila kurangkan tabiat anda. Kalau nak merokok juga, pastikan anda jauh dari anak kecil, warga tua dan mereka yang berpenyakit. Sila bertimbang rasa sikit yer. 
  • Kalau bawak kereta, sila gunakan ekon. Tutup tingkap tau. 
  • Pastikan anda sentiasa membasuh muka dan kulit yang terdedah kepada jerebu dengan  air bersih. 


Nak lebih sihat? Mari cuba Nutriferon, Meal Shakes, dan Omega Guard dari Shaklee.

  • Nutriferon membantu untuk menguatkan sistem imun badan anda. 
  • Meal Shakes membekalkan multivitamin, protein, kalsium dan fiber yang amat diperlukan untuk tumbesaran yang sihat sekaligus meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan. 
  • Omega Guard berfungsi untuk menguatkan membran sel yang juga akan menguatkan ketahanan tubuh terhadap jangkitan. 
Jika berminat, seperti biasa jangan malu-malu untuk hubungi Cik Dibah yer. 
sms/whatsapp 0172009858 
Emel : deebahnye@gmail.com
FB Cik Dibah https://www.facebook.com/cik.dibdib
FB Fanpage : https://www.facebook.com/CikDeebahnyeOnlineShop


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...