Selasa, 11 Jun 2013

Mengapa Kita Perlukan Supplemen/ Makanan Tambahan

Adakah anda yakin bahawa makanan yang anda makan memenuhi keperluan badan anda? Tahukah anda:

1) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan pada sesetengah situasi. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.



2) Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yng kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran yang kita makan.

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4) Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengangggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.




5) Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6) Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.

7) Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin. Maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.

Pengambilan vitamin semulajadi adalah kaedah yang paling selamat untuk meningkatkan tahap kesihatan kita. Namun, pastikan anda kenalpasti dulu kandungannya  sebelum mengambil apa-apa supplemen, Jangan ingat nak cantik sahaja. Apalah gunanya andai anda cantik sekarang, tapi pelbagai penyakit menyerang di kemudian hari. Semua orang nak cantik, tapi cantik dan sihat biarla seiring.

Buatlah pilihan yang bijak. Ingat, ‘you are what you eat’

Pilihan Cik Diba, pastinya supplemen Shaklee kerana ianya dihasilkan 100% semulajadi tanpa sebarang perasa, pemanis atau pengawet tambahan. Terbukti SELAMAT dan BERKESAN.

Sesiapa yang berminat dengan produk Shaklee, bolela hubungi Cik Diba. sms/whatsapp 0172009858 
Emel : deebahnye@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...