Khamis, 4 Julai 2013

Genting Oh Genting~~ Part II

Sebelum ni Cik Diba dah citer pasal pakej yang Go Genting sediakan. Memang berbaloilah kalau anda ambil pakej tu. Bukan setakat murah, perjalan pergi dan balik pun selesa sebab basnya memang best. Hihi..

Sebaik saja turun dari bas, Cik Diba dan kawan-kawan terus ke point seterusnya iaitu Strawberry Genting Park. Hah, kt Genting pun ada Strawbery tau sebenarnya. Planning asal nak jalan kaki. Alhamdulillah, ada kenderaan yang dikhaskan untuk  ke Strawbery Park kebetulan lalu depan kami masa baru beberapa tapak kami berjalan. 


Comel kan kereta strawbery tu. Siap ada bintik-bintik macam strawbery lagi. haha.. Oh ya, caj satu kepala RM 1 yer. Better korang naik dari jalan kaki. Agak jauh jugakla sebenarnya dari bus stop tu. Lebih kurang 15 minit perjalanan kaki. 

Bila dah sampai, apa lagi kami semangatlah nak petik strawbery. RM8.00/100g yer. Jangan petik satu ladang pulak. Karang tak pasal-pasal kene jadi tukang kebun kat sane. haha..


 Cik Diba jadi tukang amik gambar jela... T_T




Selain daripada strawbery, Strawbery Park ni ada kebun tanam lavender jugak. Tak caya? 


Hah, sekarang dah percaya kan? Tu lavender genting tau. Bukan amek gambar kt encik google. 

 Lebah yang tidak menyengat.

Cendawan pun ada...

Di sana anda juga boleh bergambar bersama-sama ular sawa dan burung-burung yang comel. Hmm... memang macam-macam ada kan? 

Lepas tengah hari baru Cik Diba dan kawan-kawan naik cable car untuk ke theme park. Sebelum main-main, kami makan kat Marrybrown dulu. Lepas tu baru main sampai mabuk. hihihi.. 

Last destinasi kami ialah Snow World. Bayaran RM 30/ org dikenakan. Baju sejuk, kasut dan sarung tangan disediakan. Masa diberikan lebih kurang 30 minit. Tapi kami masuk tak sampai 10 minit, dah rasa nak keluar balik dah. hihihi... Disebabkan dah bayar RM 30 maka terpaksa juga main-main sampai beku kat dalam tu. T_T

Pemandangan sunset dari cable car. Mendamaikan... ^_^

Cik Diba ambil bas paling lewat (8.30 mlm) menuju Pudu Sentral. Dari Pudu Sentral terus ke UMP Gambang. Sampai bilik hampir pukul 2 pagi. Bersihkan diri dan terus pengsan. 

Perjalanan seharian yang panjang dan penuh dengan warna-warni. Pasti akan dikenang selagi hayat masih dikandung badan. 

Seperti biasa, hubungi Cik Diba jika nak order Shaklee. (^_^)v

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...