Ahad, 21 Julai 2013

Cara Hilangkan Lingkaran Bawah Mata

Kali ni, Cik Dibah nak kongsi dengan anda semua cara nak hilangkan lingkaran bawah mata. Cik Dibah tahu, selain masalah kulit seperti jerawat atau kulit kusam, ramai wanita di luar sana mengeluh apabila mempunyai lingkaran hitam bawah mata. Bagaimana untuk hilangkan lingkaran bawah mata? Disini Cik Dibah berikan sedikit tips dan petua untuk hilangkan lingkaran bawah mata:



1. Minum banyak air kosong
Minum banyak air kosong sangat digalakkan untuk memastikan kesegaran kulit mata terjaga terutamanya jika anda seorang yang aktif.
2. Makan sayuran hijau
Tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksida dalam menu harian sekiranya anda kekurangan nutrisi dalam badan.
3. Uncang Teh
Rendamkan dua uncang teh selama beberapa minit di dalam secawan air sejuk. Kemudian, ambil uncang tadi dan tekapkan pada kedua-dua belah mata kiri 10 minit. Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Teh boleh dibuat penghilang dahaga, uncang boleh diletakkan di mata. 2 in 1 kan?



4. Timun atau tomato
Tekapkan hirisan timun atau tomato pada kedua-dua belah mata selama beberapa minit semalaman sebelum tidur.
5. Minyak Badam
Sapukan minyak badam pada bahagian gelap tersebut setiap pagi dan malam dengan lembut. Minyak badam bagus untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang pori daripada tersumbat.
6. Biji Buah Berangan
Pengecutan saluran darah di bahagian mata dan hidung menyebabkan lingkaran hitam bawah mata terjadi. Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan membantu melancarkan perjalanan darah pada bahagian mata. Anda boleh menggunakan biji buah berangan dalam bentuk serbuk, pil ataupun cecair untuk mengatasinya.
7. Zat Besi, Vitamin C dan Asid Folik
Amalkan makan makanan yang mengandungi tiga elemen ini kerana ia cukup membantu. Vitamin C dos tinggi sangat baik untuk mata kerana ia akan membantu pembentukan kolagen yang merupakan bahan untuk mengurangkan proses pigmentasi di sekeliling mata. Begitu juga vitamin A yang berguna untuk menajamkan penglihatan. Namun, dalam masa yang sama anda juga perlu kurangkan makanan bergaram, minuman berkafein, gula dan alkohol.
Shaklee menawarkan suplemen multivitamin yang kaya dengan zat besi dan nutrisi iaitu Vitalea, Vitamin C yang sangat terkenal untuk mencantikkan kulit dan vitamin A iaitu Carotomax.
Selain Supplemen, anda boleh juga mencuba Shaklee Enfuselle® Eye Treatment.
Shaklee-enfuselle-eye-treatment
Enfuselle® Eye Treatment mengandungi ramuan botani anti penuaan serta vitamin C yang berupaya untuk menghilangkan garis-garis halus dan kedutan yang biasa terdapat dibawah mata apabila seseorang itu meningkat usia. Formula khusus shaklee ini telah diuji oleh pakar mata dan bersifat Hypoallergenik.
Fakta ringkas Enfuselle® Eye Treatment:
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengandungi Triple-patented Vital Repair+®
  • Dirumus dengan ekstrak beech tree bud, provitamin B5 dan vitamin E
  • Sesuai kepada pemakai kanta lekap
  • 100% bebas bauan, pewarna dan paraben
  • Hypoallergenic
  • Di rumus secara Klinikal
  • Di uji olek pakar mata dan Dermatologi
Tidak di uji kepada haiwan dan 100% bebas minyak.
Berminat? Seperti biasa, jangan segan untuk hubungi dan dapatkannya dari Cik Dibah. Harga istimewa untuk anda.. ;)

sms/whatsapp 0172009858 
Emel : deebahnye@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...