1. Baca label di botol vitamin atau dapatkan cara makan dari pengedar Shaklee anda.
Setiap vitamin memerlukan waktu yang berbeza untuk diambil bagi mendapat penyerapan yang optimum. Ada yang lebih sesuai diambil selepas sarapan pagi seperti Bcomplex dan ada yang lebih sesuai diambil sebelum makan seperi Zink. Ikut arahan pengambilan vitamin seperti yang ditulis di botol dan dapatkan cadangan terbaik dari pengedar yang sah.
2. Pengambilan air kosong secukupnya
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak ataupun air kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan dan boleh mendatangkan penyakit seperti diabetes.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
Cadangan saya, anda perlu sukat jumlah air yang anda minum. Sediakan botol air yang ada sukatan. So, senang nak kenal pasti berapa banyak air kita minum. Sebab ramai yang rasa dah minum air banyak..tapi tak pasti berapa sebenarnya jumlah air yang anda minum. 25kg = 1L. Jumlah air yang di perlukan tubuh juga bergantung pada aktiviti harian serta persekitaran anda.
3. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Kepekatan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kita rasa pening dan seakan nak pitam. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.
4. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
5. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.
6. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
7. Jarakkan pengambilan vitamin larut air dan vitamin larut lemak
Tahukah anda vitamin terdiri dari 2 jenis, larut air dan larut lemak. Vitamin larut air seperti Bcomplex dan Vitamin C memerlukan air yang banyak untuk diserap ke dalam badan, manakala vitamin larut lemak seperti Vitamin A,D,E dan K memerlukan makanan yang tinggi lemak untuk menyerap ke dalam badan. Seeloknya, pengambilan vitamin B diambil bersama air yang banyak manakala selepas makan hidangan berat barulah diambil vitamin larut lemak.
TIPS UNTUK IBU MENYUSU.
Pengambilan vitamin untuk ibu menyusu hanyalah untuk membantu ibu mendapat tenaga, kesihatan dan emosi yang baik kerana faktor ini lah yang membantu penghasilan susu yang lancar dan banyak. Tetapi konsep asas penyusuan lah yang paling utama membantu penghasilan susu badan iaitu konsep 'supply dan demand'.Semakin kerap susu dikeluarkan, semakin banyak susu akan dihasilkan.
'Vitamins diambil sebagai makanan tambahan dalam diet harian, dan bukannya sebagai pengganti makanan yang sihat. Jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, seeloknya anda bervitamin'.
Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee yang memang dijamin halal dan menyihatkan? Boleh hubungi Cik Dibah yer..
sms/whatsapp 0172009858
Emel : deebahnye@gmail.com
FB Cik Dibah : https://www.facebook.com/cik.dibdib
FB Fanpage : https://www.facebook.com/CikDeebahnyeOnlineShop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan