Khamis, 29 Ogos 2013

Kepentingan Kolagen

Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan, dan struktur pembangun tulang, gigi, sendi, otot, rambut, kuku, dan kulit. Lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen, memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.



Kolagen merupakan ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk awet muda. Kajian klinikal telah menunjukkan keberkesanan kolagen mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, serta memastikan keanjalan dan kesegaran kulit.



Kadar kandungan kolagen dalam badan:

• Pada awal 20-an, kolagen masih cukup dan digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru. 
• Pada usia 25 tahun dan ke atas, kolagen menyusut pada kadar 1.5 peratus setahun. 
• Sehingga usia 45, badan kita kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi. 

Memandangkan kepentingan kolagen terhadap struktur badan, kejadian ini dianggap agak memudaratkan, ditambah pula dengan kadar pengurangan pertumbuhan hormon.

Penyusutan ini akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit,
- kulit mula hilang keanjalan semulajadi
- tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.
- pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut. Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.
- menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. 
- pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.

Pentingnya kolagen kan? Kolagen menyusut, banyak fungsi badan makin berkurang.
Jadi, tambahlah kolagen dalam pemakanan kita untuk kulit yang lebih muda & badan yang lebih sihat.

SUMBER KOLAGEN DARI MAKANAN: 
- kaki ayam
- buah-buahan citrus
- ikan 

Jom kita mula berkolagen. 

Nak dapatkan kolagen Shaklee yang memang hebat? Cepat-cepat hubungi Cik Dibah. Harga istimewa pastinya untuk anda. 

sms/whatsapp 0172009858 
Emel : deebahnye@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...