Entry kali ni berkisah tentang kemalangan yang berlaku gara-gara sangat berani bermain dengan cili. Huhu..
Nak dijadikan cerita dia satu petang yang sangat indah, Cik Dibah teringin nak makan tempe goreng celup tepung. Jadi, sebelum balik tu singgahlah kedai runcit berdekatan untuk beli tempe dan tepung goreng bestari yang pedas punya. Tapi, tepung goreng bestari dah habis pula, jadi beli yang jenama Paklong sebagai alternatif lain. Nak yang pedas saja.
Jadi, lepas solat maghrib terus masuk dapur. Semangat kau. Haha..
Potong tempe dan buat bancuhan tepung guna tepung yang dibeli tadi. Dengan beraninya celup je tempe dalam tepung tu guna tangan. Akibatnya faham-faham sendirilah. Menggelitik kepanasan, nak makan tempe yang dah siap digoreng pun jadi tak lalu dah.
Tanpa berlengah terus gi celup tangan dalam air sejuk. Sambil makan disuap Encik Somi. Manja sangat kan. Hahaha.. tapi dapat makan tiga keping jer. Panas kat tangan makin menjadi-jadi wehhh... nak nangis rasa. tangan macam terbakar dah. Terus search kat pakcik google cara nak hilangkan panas/ pijar kena cili.
Jadi, hasil carian...
1. Lumurkan dengan garam atau gula.
Cik Dibah lumurkan dengan garam dulu. Tak berjaya juga. Cuba gula pula. Sama juga. Jadi petua ni tak membantu. Huhu..
2. Timbus tangan dengan beras.
Lepas garam dan gula mengecewakan Cik Dibah, Cik Dibah bagi peluang dekat beras pulak. Pastikan tangan kering sebelum timbus guna beras tu tau. Setelah 10 minit menimbuskan tangan di dalam beras, hasilnya tetap sama. Huhu... dah merungut dah.. sebelum ni basuh guna sabun lama-lama sikit dah ok dah. Ujian apakah ini......!!!
3. Sapu dengan susu.
Petua yang ni Cik Dibah tak buat. Sayang dengan susu. Lebih baik diminum dari dibuat rendaman tangan.
4. Sapu baking soda.
Yang ni, masa kritikal macam nilah cari baking soda tak jumpa. Dugaan apa yang Kau berikan padaku ketika ini Ya Allah!! Huhu...
5. Lalukan air di tangan.
Petua yang satu ni memang dah berulang kali buat. Bukan setakat lalukan, siap rendam sekali. Air sejuk, ais, air paip... air panas jelah yang tak pernah cuba lagi. Huhu...
6. Lumurkan minyak zaitun atau minyak kelapa/minyak masak.
Tak guna minyak zaitun, Cik Dibah guna minyak masak. Lumur di telapak dan belakang tangan. Dah macam orang minyak la pulak rasanya. Namun begitu, petua ini tetap tak berjaya menghilangkan rasa pijar.
7. Gosok dengan objek besi seperti sudu atau sinki.
Haaa.. yang ni.. setiap kali cuci tangan memang akan gosok dengan sabun besi beli dekat Daiso tu. Tujuannya untuk hilangkan bau. Malangnya, tetap tak berkesan. Apalah nasib.
Rasa nak menangis dah. Bayangkan dari pukul 8 malam sampai hampir pukul 11 merana tangan kepanasan. Entah macam mana, terdetik hati nak tanya pakcik google lagi. Terjumpa satu petua lain. Tanpa membuang masa terus cuba dan alhamdulillah.. berkesan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan