Isnin, 2 Oktober 2017

Booster: Produk Terbaru Snowdrop

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Untuk pengetahuan semua, Snowdrop ada keluarkan produk baru beberapa minggu yang lalu (tarikh sebenar lupa pula.. huhu)..

Disebabkan sibuk yang melampau-lampau semenjak dua menjak ni, maka baru harini lah Cik Dibah ada kelapangan sikit untuk kenalkan produk baru ni. 

So, taknak bebel panjang. Let the picture speak.. haha..
Sedikit pengenalan.
Ukuran dia. Saiz dia sama seperti saiz light mist pad. 
Kenapa anda perlu memiliki booster dari Snowdrop ni? Rujuk gambar di bawah. Awesome okay booster ni. 



 Gambar bawah ni tunjuk macam mana nak gunakan booster ni. 


Haa.. senang jekan nak pakai. Berminat? 
Harga RM 15 sehelai. Nak beli ikut pakej 4 helai terus pun boleh. Lagi berbaloi sebab harga dah termasuk postage. Boleh rujuk gambar di bawah ni yer. 

Ada promosi eksklusif tau bila anda beli pakej booster dengan pakej yang lain. Harga pakej booster tinggal RM 40 saja. Sangat berbaloi dah ni..  

Okay, rasa macam tak boleh tidur selagi tak beli? Meh whatsapp (+60172009858) Cik Dibah untuk order yer. 

Atau direct purchase kat shopee dengan klik link ni

Till we meet again. Daa~~~

Rabu, 24 Mei 2017

Hiking Bukit Panorama, Sungai Lembing

Assalammualaikum..
Sebenarnya entry ni dah lama bersarang dekat dalam draf. Baru tergerak hati nak post. Haha.. 

Siapa tahu Bukit Panorama kat mana.. 
Okaylah, Bukit Panorama ni terletak di Sungai Lembing, lebih kurang 40km dari Kuantan, Pahang. Nama pun bukit jadi tak tinggi mana pun. Lebih kurang 290 meter saja dari aras laut.

Sumber dari Mr. Google. 
Kali ni Cik Dibah nak cerita pengalaman panjat Bukit Panorama untuk kali ketiga. Yer, kali ketiga dalam tempoh 9 tahun berada di bumi Kuantan ni. Haha..

Kali pertama pada tahun 2007. Terpaksa panjat sebab ikut program universiti. Masa tu dengar arahan dan tak tahu yang nama bukit yang nak dipanjat tu ialah Bukit Panorama. Lalu track yang turun naik turun naik tu pulak tu. Masa tu rasa, weh kau nak bawak aku gi hutan mana ni?! haha.. 


Antara pemandangan yang dapat dilihat dari puncak Bukit Panorama
Kali kedua pula pada tahun 2015 panjat melalui track tangga bersama-sama dengan adik-adik yang kerja part time di Cool Station Gambang. Bukan terpaksa, kali ni sukarela nak bagi badan keluar peluh sambil menikmati keindahan alam. 

Sebenarnya dah lama planning untuk kali yang ketiga ni. Sejak dari pertengahan tahun 2016 lagi. Tapi banyak kali postpone sebab cuaca tak menentu dan banyak kerja di hujung minggu. Masa mula-mula rancang tu memang ramailah yang nak join. Tapi akhirnya pergi hiking berdua je dengan Cik Siti. Normal la tu kan..

Jadi tanggal 18 Feb 2017 kami berdua pun pergilah..


Mengenangkan kami tak eager sangat nak tengok sunrise (hakikatnya malas nak bangun awal pagi), kami bertolak lebih kurang pukul 7 pagi dari rumah kami yang terletak di Gambang. Ambil masa lebih kurang 30-40 minit jugalah untuk sampai.

Berhenti berehat sekejap.. penat oi panjat tangga..
Lebih kurang 815 anak tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke puncak. Fuuuuhhh...gigil lutut. 

Tabik spring dengan budak-budak ni.. Nanti dah ada anak, nak ajak dorang hiking jugaklaa.. (berangan...puii..)

Yeay, setel 1 bukit!

Selesai untuk kali ni.. lepas ni rancang nak pergi Air Terjun Pelangi pulak. Bila tu.. tak tahu lagilah. Siapa nak ikut, sila angkat tangan! Hihi..

Rabu, 17 Mei 2017

Mula terjebak: Transcriptionist @ Tukang Transkrip @Transcriber

Maaf, tajuk agak memeningkan sebab Cik Dibah sendiri tak tahu istilah sebenar. Haha..
Macam mana boleh timbul pasal ni?


Haaa... sebenarnya Cik Dibah mula terjebak dalam bidang transcriber ni secara tiba-tiba. Ni semua gara-gara bosan cuti seminggu dekat rumah. Bila tengok akak dia ni dah nyawa-nyawa ikan sebab bosan, maka si adik yang sangat prihatin suruh cuba kerja yang dia tengah buat. Sebagai pembantu penyelididk di UTHM, dia dah selalu buat kerja transkrip ni. 



Sejak dari tu, bermulalah tugas Cik Dibah sebagai transcriptionist. Almaklumlah, hidup sekarang ni takkan cukup dengan satu kerja. Nak duit lebih, perlulah usaha lebih. ^^


Tahu tak apa benda transcriptionist/ tukang transkrip/ transcriber tu?
Nak tahu sila google tau.. :P




Secara am, tugas transcriptionist ni adalah untuk menukar perbualan/temubual/audio berbentuk percakapan ke dalam bentuk teks. Jadi, kemahiran mendengar dan menaip sangatlah penting untuk tugas ini. 



Macam senang je kan... 



Tapi sebenarnya sangat mencabar okay! Tak semua perbualan yang kita dapat tu jelas dan nyata. Kalau dapat yang jelas tu alhamdulillah sangat! Kalau dapat suara yang tenggelam timbul tambah persekitaran bising tu rasa macam nak hempuk headphone kat komputer tau tak?! Tapi biasalah, mana ada kerja yang tak mencabar kan? 



Jadi, kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan transcriptionist bolehlah menghubungi Cik Dibah melalui emel berikut ---> deebahnye@gmail.com

Selasa, 25 April 2017

Sales 8th Anniversary Pad Kain Snowdrop

Happy 8th Anniversary Snowdrop!!

Pejam celik, pejam celik tak sangka dah 8 tahun Snowdrop ni rupanya.

Jadi, Cik Dibah taknak membebal panjang. Cik Dibah teruja nak bagitahu Sales sempena birthday Snowdrop yang ke 8 ni.. haha

Tadaaaa!!!!!

A) Pakej Complete + Wetbag
Harga asal dia RM 271 (sem) RM 275 (ss)
Tapi sekarang RM 230 (sem) RM 234 (ss)
OMG, jimat RM 41 kot!!



B) Pakej Basic + Wetbag
Harga asal RM 163 (sem) RM167 (ss)
Harga sekarang RM 132 (sem) RM 136 (ss)
Jimat RM 31 okay.. 



C) Pakej 7 Dry Flux/Pantiliner (Pakej laku keras ni....)
Harga asal RM 152 (sem) RM 156 (ss)
Harga sekarang RM 120 (sem) RM124 (ss)
Jimat RM 32 + FREE 1 helai Dry flux. 
So dapat 8 helai okay...


Untuk pengetahuan, pakej-pakej sales ni tak banyak tau. TERHAD 50 SET SAHAJA
Jadi, kepada yang memang dah lama mengidam nak cuba pad kain jenama Snowdrop ni. Inilah masanya. Silalah whatsapp Cik Dibah untuk maklumat lanjut yer. 

Cik Dibah
Whatsapp - 0172009858
Ig bussines- gherobokite
Ig personal- deebahnye
FB Page- Snowdrop Cloth Pad & Liner

Nak lebih mudah? 
Terus order di link ni --> https://shopee.com.my/shop/16671198/

See ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...