Saiz yang mana paling sesuai dengan saya?
Ni memang antara soalan yang popular untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan pad kain. Rileks.. jangan stress.. Meh Cik Dibah bantu.. baca sampai habis naa...
Memilih saiz yang betul adalah tentang perlindungan
dan aliran haid. Ukur panjang produk (pad pakai buang atau pad kain jenama
lain) yang anda sedang gunakan dan pilih pad atau pelapik dengan panjang yang
sama.
Lebar bagi bahagian depan dan belakang adalah
berbeza-beza bagi setiap saiz. Lebar di tengah-tengah(sayap) dari saiz pelapik
sehingga ke pad kami adalah sama iaitu kira-kira 2.8 inci apabila dibutangkan,
walaubagaimanapun terima kasih kepada ciri yang hebat iaitu 2 butang yang boleh
dilaraskan kelebarannya untuk kesemua saiz pad, ia boleh diselaraskan kepada
3.2 inci untuk perlindungan yang lebih luas di bahagian tengah atau untuk
seluar dalam yang lebih lebar atau besar.
Pad Light Mist kami adalah setanding dengan saiz
Maxi pad pakai buang yang biasa di pasaran, manakala Medium Dew pula amat
sesuai untuk menggantikan pad malam dan saiz ini adalah yang paling digemari
untuk kegunaan siang oleh pelanggan yang berbadan agak besar dan juga untuk
aliran berat pada siang hari. Jika anda memerlukan perlindungan tambahan untuk
semalaman dan juga siang, pad Heavy Stream adalah pilihan yang tepat kerana ia
lebih panjang dan lebar di bahagian belakang berbanding Medium Dew.
Kami menamakan kesemua saiz produk kami dengan
panggilan aliran yang paling ringan setiap saiz itu boleh menampung. Contohnya,
pad Light Mist adalah untuk aliran ringan ke sederhana walaupun ia dipanggil
'Light' bermaksud ringan. Sama juga seperti Medium Dew, ianya sesuai untuk
aliran sederhana ke berat tetapi dipanggil ‘Medium’ bermaksud sederhana, dan
begitu juga bagi saiz lain. Rangkaian produk kami adalah sesuai untuk semua
wanita yang mempunyai pelbagai aliran termasuklah aliran yang sangat berat.
Untuk saiz yang paling sesuai, kami mencadangkan
agar anda mencuba saiz yang berbeza bagi mendapatkan saiz yang terbaik untuk
anda. Cuba kit permulaan/pakej basic kami yang merangkumi pelbagai saiz, dengan 2 atau 3
pelapik sebagai permulaan. Walaubagaimanapun, sesetengah wanita mendapati bahawa
mereka lebih suka hanya 1 atau 2 saiz sahaja dan hanya menggunakan saiz
tersebut sepanjang haid mereka. Ia menunjukkan paling penting untuk mengetahui
aliran haid anda sendiri serta bila masa anda menggunakannya.
Okay, menjawab kemusykilan anda tak? Boleh tanya Cik Dibah kalau tak faham lagi yer.. see you till next post.. daa~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan