Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
Alahai.. dah lama sangat rasanya jari-jemari tak menari-nari di keyboard untuk post entry. Banyak menari untuk thesis yang tak siap-siap lagi je 2 3 bulan ni.. huhu.. Bilalah master ku nak habis ni.. tak larat sangat dah ni.
Anyway, sebelum melalut lebih panjang. Sebenarnya hari ni tergerak hati Cik Dibah nak kongsi dengan anda-anda semua pasal tajuk entry ni. Sebab ramai yang tanya. Jadi dengan murah hatinya (chewah... hahaha) Cik Dibah pun nak kongsilah. Almaklumlah.. Cik Dibah pun ada tahi lalat di kaki juga yer.. Eh, apa kaitan tahi lalat kat kaki dengan entry kali ni? Ceit, melalut lagi!
Okaylah. Boleh ker pakai pad kain kalau nak keluar jalan-jalan, dating, shopping (dan yang sewaktu dengannya) jika anda jenis yang heavy flow? Kalau heavy flow, means perlu kerap tukar pad kan? Kalau pakai pad pakai buang tu bolehlah dibuang selepas cuci, ye tak? Kalau pakai pad kain? Tak kan nak buang pulak kan. Sayang oii.. Beli cantik-cantik, mahal-mahal, takkan nak buang kot..
Jangan kusutkan kepala dengan benda remeh macam tu. Be creative okay..
Hah, baca elok-elok ni..
Sebelum keluar tu, jangan lupa bawak pad yang bersih (kalau tak bawak, macam mana nak tukar. Ya tak?) dan bag plastik bersih. Dua benda ni sangat penting okay. Masukkan pad bersih dalam bag plastik. Simpan elok-elok dalam handbag. Optional untuk sabun/sanitizer. Nak bawa boleh. Taknak bawa pun takpa sebab selalunya ada je sabun di tandas awam kan?
Masa nak tukar tu, tukar je macam biasa. Cuci pad yang telah digunakan, perah sehingga air dah tak menitis. Kemudian, masukkan jelah ke dalam plastik bersih yang dibuat isi pad bersih tadi. Kalau taknak cuci, nak terus simpan dalam bag plastik pun boleh. Tapi, sangatlah tak digalakkan. Tak hygeine okay! Lagi pun, nanti susah nak cuci. Baik cuci siap-siap sebelum simpan, okay!
Pastu, jangan dibuang pula. Simpan balik dalam handbag. Sampai rumah, bolehlah dicuci seperti biasa.
Okay, kalau taknak bawa bag plastik. Tak comel dan stylish katanya. Anda boleh beli wetbag. Apa kebendanya pulak wetbag ni? Hahaha.. sila jangan panik.
Untuk pengetahuan semua, Snowdrop pun ada keluarkan wetbag juga.
Macam nilah rupa wetbag keluaran Snowdrop. Cantik kan?
Inilah dia penyelesaian untuk menyimpan pad dan pelapik kain anda dengan kemas dan selesa ketika dalam perjalanan dekat mahupun jauh.
- Dimensi: 8 inci x 6 inci. Boleh muat sehingga 9 keping dry flux atau 3-5 keping saiz pad yang lain.
- Dibuat daripada kain jenis minky yang sangat lembut.
- Dilapisi dengan lapisan kalis air nilon bersalut PU. Kalis air tau.
- Berzip untuk menahan bau dan kelembapan dari keluar.
- Harga: RM25.00
Bag ni bukan untuk letak pad jer. Boleh buat letak benda lain juga seperti toiletries, barang-barang makeup dan apa-apa saja barang yang anda rasa muat disumbat ke dalam bag tu. Lebih kemas dan takdelah bersepah di dalam bag.
Menarik kan? Tapi, nak beli di mana ni?
Hah, jangan lupa. Cik Dibah adalah pengedar pad kain jenama Snowdrop yer. Boleh contact Cik Dibah untuk order.
Ohoh, mood nak bercuti hujung bulan ni dah datang! Kali ni nak ke Bandung dan Yogyakarta pula.. Yahuuu..!! Doakan Cik Dibah selamat pergi dan balik ya! Nanti Cik Dibah update entry pasal holiday pula yer..
Salam sayang..
Cik Dibah
sms/whatsapp 0172009858
Tiada ulasan:
Catat Ulasan