Selasa, 8 September 2015

Introduce to you.. Gherobokite

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Entry kali ni Cik Dibah ingin kenalkan anda semua dengan Gherobokite. 



Gherobokite ni ada jual SHAKLEE, SNOWDROP Cloth Pad dan main produk dia sekarang adalah TUDUNG. Tudung yang dijahit dengan kasih sayang oleh owner dia yer.. bukan kilang.. Owner dia siapa lagi.. Cik Dibah yang cun nilaahh (start perasan daaaah..) 



Gherobokite ni ada FB Page dengan IG dia yang tersendiri. Baru je establish. Jadi likers dan followers pun tak ramai lagilah. Maka.. anda semua yang berminat nak tahu setiap update produk yang Gherobokite jual ni silalah LIKE dan FOLLOW yer..  

Next entry Cik Dibah akan cerita lebih lanjut tentang tudung yang Gherobokite buat yer.. InsyaAllah.. Till next entry.. Assalammualaikum.. 

Jumaat, 15 Mei 2015

Bersabarlah Wahai Hati



Seminggu yang penuh dengan dugaan..
Menerima berita kematian dari dia seawal 5 pagi. Jiwaku kaku sebentar tanpa apa-apa respon. Walaupun ayahnya yang meninggal dunia, tapi kesedihannya tetap kurasai.

Semoga dirinya dan keluarga kuat menerima takdirMu. 
Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. 
Semoga diriku tabah menghadapi dugaanMu dan mampu menjadi tulang belakang yang cukup kuat untuknya kelak. InsyaAllah..

Al- Fatihah.



Rabu, 11 Februari 2015

Get Clean- Basic H

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Perasan tak semejak dua menjak ni Basic H ni macam viral sangat kat FB atau mana-mana jela medium sosial? Kenapa boleh jadi viral ek? Sebab ada yang cakap boleh guna buat cuci lantai, cuci kasut sekolah, kolar baju berdaki pun boleh hilang.. hah.. banyak giler kegunaan dia kan? Jangan tak percaya, mat salleh dah lama gunakan basic H buat cuci sayur, buah-buahan sebelum dorang makan tau!

Jangan terkejut, Basic H ni dibuat dari bahan semulajadi. Takde side effect punye kecuali yang karat daki semuanya hilang! hahaha..

Meh Cik Dibah kongsikan kebaikan pencuci serba guna keluaran Shaklee ni. Memang superb!

Kebaikan Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan 

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean




Periuk, besen dan pinggan mangkuk 

Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 
(1) Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
(2) Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
(3) Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2.
Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3.
Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4.
Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5.
Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6.
Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7.
Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8.
Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbgnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9.
Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10.
Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


Jangan stress macam dia. Guna Basic H. Anda pasti puas hati. 
Selamat membersihkan rumah dengan senang hati!

Berminat? 
Hubungi Cik Dibah.
sms/whatsapp 0172009858
emel: deebahnye@gmail.com

Sabtu, 24 Januari 2015

Pad kain Vs Travel. Boleh ker?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...

Alahai.. dah lama sangat rasanya jari-jemari tak menari-nari di keyboard untuk post entry. Banyak menari untuk thesis yang tak siap-siap lagi je 2 3 bulan ni.. huhu.. Bilalah master ku nak habis ni.. tak larat sangat dah ni. 

Anyway, sebelum melalut lebih panjang. Sebenarnya hari ni tergerak hati Cik Dibah nak kongsi dengan anda-anda semua pasal tajuk entry ni. Sebab ramai yang tanya. Jadi dengan murah hatinya (chewah... hahaha) Cik Dibah pun nak kongsilah. Almaklumlah.. Cik Dibah pun ada tahi lalat di kaki juga yer.. Eh, apa kaitan tahi lalat kat kaki dengan entry kali ni? Ceit, melalut lagi! 

Okaylah. Boleh ker pakai pad kain kalau nak keluar jalan-jalan, dating, shopping (dan yang sewaktu dengannya) jika anda jenis yang heavy flow? Kalau heavy flow, means perlu kerap tukar pad kan? Kalau pakai pad pakai buang tu bolehlah dibuang selepas cuci, ye tak? Kalau pakai pad kain? Tak kan nak buang pulak kan. Sayang oii.. Beli cantik-cantik, mahal-mahal, takkan nak buang kot..



Jangan kusutkan kepala dengan benda remeh macam tu. Be creative okay..

Hah, baca elok-elok ni.. 

Sebelum keluar tu, jangan lupa bawak pad yang bersih (kalau tak bawak, macam mana nak tukar. Ya tak?) dan bag plastik bersih. Dua benda ni sangat penting okay. Masukkan pad bersih dalam bag plastik. Simpan elok-elok dalam handbag. Optional untuk sabun/sanitizer. Nak bawa boleh. Taknak bawa pun takpa sebab selalunya ada je sabun di tandas awam kan?

Masa nak tukar tu, tukar je macam biasa. Cuci pad yang telah digunakan, perah sehingga air dah tak menitis. Kemudian, masukkan jelah ke dalam plastik bersih yang dibuat isi pad bersih tadi. Kalau taknak cuci, nak terus simpan dalam bag plastik pun boleh. Tapi, sangatlah tak digalakkan. Tak hygeine okay! Lagi pun, nanti susah nak cuci. Baik cuci siap-siap sebelum simpan, okay! 

Pastu, jangan dibuang pula. Simpan balik dalam handbag. Sampai rumah, bolehlah dicuci seperti biasa. 

Okay, kalau taknak bawa bag plastik. Tak comel dan stylish katanya. Anda boleh beli wetbag. Apa kebendanya pulak wetbag ni? Hahaha.. sila jangan panik. 

Untuk pengetahuan semua, Snowdrop pun ada keluarkan wetbag juga. 

Macam nilah rupa wetbag keluaran Snowdrop. Cantik kan?

Inilah dia penyelesaian untuk menyimpan pad dan pelapik kain anda dengan kemas dan selesa ketika dalam perjalanan dekat mahupun jauh. 


- Dimensi: 8 inci x 6 inci. Boleh muat sehingga 9 keping dry flux atau 3-5 keping saiz pad yang lain. 

- Dibuat daripada kain jenis minky yang sangat lembut.

- Dilapisi dengan lapisan kalis air nilon bersalut PU. Kalis air tau. 

- Berzip untuk menahan bau dan kelembapan dari keluar.

- Harga: RM25.00

Bag ni bukan untuk letak pad jer. Boleh buat letak benda lain juga seperti toiletries, barang-barang makeup dan apa-apa saja barang yang anda rasa muat disumbat ke dalam bag tu. Lebih kemas dan takdelah bersepah di dalam bag. 

Menarik kan? Tapi, nak beli di mana ni?

Hah, jangan lupa. Cik Dibah adalah pengedar pad kain jenama Snowdrop yer. Boleh contact Cik Dibah untuk order. 

Harap, tips hari ini berguna untuk anda semua ya.


Ohoh, mood nak bercuti hujung bulan ni dah datang! Kali ni nak ke Bandung dan Yogyakarta pula.. Yahuuu..!! Doakan Cik Dibah selamat pergi dan balik ya! Nanti Cik Dibah update entry pasal holiday pula yer..

Salam sayang..
Cik Dibah
sms/whatsapp 0172009858   


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...