Assalamualaikum semua..
Seperti yang Cik Dibah janjikan aritu, Cik Dibah nak kongsi pengalaman trip Cik Dibah ke Surabaya.
So, hari ni nak tunaikan janjilah.. hihi..
Sebenarnya Cik Dibah tak pergi sendiri. Cik Dibah mengikuti rombongan persatuan kolej kediaman sebab Cik Dibah pembantu felo. Penginapan, transport kat sana semua dah disediakan. Tinggal sediakan duit untuk shopping kat sana.. haha.. Alhamdulillah.. rezeki....
Sepanjang rombongan 5 hari 3 malam tu.. banyak jugakla tempat yang kami pergi. Antaranya Institut Teknologi Surabaya (ITS), Sekolah Luqmanul Hakim, Majalah Muhammadiyah, Perkampungan Sunam Ampel, Sekolah Menengah Pertama Muhammadiyah 2, tempat shopping Jambatan Merah Plaza (JMP) dan tempat yang paling Cik Dibah suka iaitu Daerah Wisata Kawah Bromo, Malang.
Okay, sekarang masa untuk menikmati beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang trip ke Surabaya tempoh hari. Maaf, time shopping tak sempat nak bergambar. Sangat sibuk bershopping katakan.. hahaha.. Okay, enjoy the pic!
Sebelum pergi ITS, kita bergambar dulu.. ^^
Surat khabar di sana dikeluarkan dua kali sehari yer..
Sambutan yang hangat di SMP Muhammadiyah 2. Macam-macam persembahan..
Sunrise.. Subhanallah.. lawa kan?
Gambar berlatar belakangkan gunung berapi bromo..
Wajib bergambar bersama banner, bendera Malaysia dan UMP.. haha
Lawa kan? Ni gambar dari kamera Cik DIbah. No edit2 ok..
Okay, pergi gunung teletubbies pulak.. hihi.. tak tahu nama betul dia per.. nice kan view dia? Hijau jer walaupun dekat dengan gunung berapi.
Gambar lompat 1! Haha.. di mana Cik Dibah? Cik Dibah yang amek gambar ni ok. Terer tak?
Gigih mendaki untuk tengok kawah gunung berapi Bromo
Tak nampak sangat kawahnya sebab kebetulan berkabus tebal nak hujan pulak masa tu.. Takde rezeki.. T_T
Destinasi terakhir.. makan nasi padang kat sini.. memang mabeles!
Jadi, begitulah serba sedikit cerita makan angin Cik Dibah di Surabaya. Makanan memang senang nak cari. Bakso, nasi ayam penyet memang sangat sedapp..!! Shopping.. jangan cakaplah.. telekung travel, kain batik, kain pelikat, lace.. semuanya murah-murah.. seriously.. memang murah. Lebih murah kalau nak dibandingkan dengan Bandung dan Jakarta. Oh.. tiba-tiba rasa nak pergi lagi..
Okay.. masa untuk paksa diri buat thesis pulak.. huhuhu... T_T
nota kaki: sesiapa yang mau order supplement shaklee.. seperti biasa naa.. contact Cik Dibah yer.. Oh, ada barang baru yang Cik Dibah bakal jual.. nantikan kemunculannya.. coming soon.. ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan