Khamis, 23 Januari 2014

Trip ke Surabaya

Assalamualaikum semua..

Seperti yang Cik Dibah janjikan aritu, Cik Dibah nak kongsi pengalaman trip Cik Dibah ke Surabaya.
So, hari ni nak tunaikan janjilah.. hihi.. 

Sebenarnya Cik Dibah tak pergi sendiri. Cik Dibah mengikuti rombongan persatuan kolej kediaman sebab Cik Dibah pembantu felo. Penginapan, transport kat sana semua dah disediakan. Tinggal sediakan duit untuk shopping kat sana.. haha.. Alhamdulillah.. rezeki....

Sepanjang rombongan 5 hari 3 malam tu.. banyak jugakla tempat yang kami pergi. Antaranya Institut Teknologi Surabaya (ITS), Sekolah Luqmanul Hakim, Majalah Muhammadiyah, Perkampungan Sunam Ampel, Sekolah Menengah Pertama Muhammadiyah 2, tempat shopping Jambatan Merah Plaza (JMP) dan tempat yang paling Cik Dibah suka iaitu Daerah Wisata Kawah Bromo, Malang.

Okay, sekarang masa untuk menikmati beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang trip ke Surabaya tempoh hari. Maaf, time shopping tak sempat nak bergambar. Sangat sibuk bershopping katakan.. hahaha.. Okay, enjoy the pic!

Sebelum pergi ITS, kita bergambar dulu.. ^^

Surat khabar di sana dikeluarkan dua kali sehari yer..

Sambutan yang hangat di SMP Muhammadiyah 2. Macam-macam persembahan..

Sunrise.. Subhanallah.. lawa kan?

Gambar berlatar belakangkan gunung berapi bromo..

Wajib bergambar bersama banner, bendera Malaysia dan UMP.. haha

Lawa kan? Ni gambar dari kamera Cik DIbah. No edit2 ok..

Okay, pergi gunung teletubbies pulak.. hihi.. tak tahu nama betul dia per.. nice kan view dia? Hijau jer walaupun dekat dengan gunung berapi.

Gambar lompat 1! Haha.. di mana Cik Dibah? Cik Dibah yang amek gambar ni ok. Terer tak?

Gigih mendaki untuk tengok kawah gunung berapi Bromo

Tak nampak sangat kawahnya sebab kebetulan berkabus tebal nak hujan pulak masa tu.. Takde rezeki.. T_T

Destinasi terakhir.. makan nasi padang kat sini.. memang mabeles!

Jadi, begitulah serba sedikit cerita makan angin Cik Dibah di Surabaya. Makanan memang senang nak cari. Bakso, nasi ayam penyet memang sangat sedapp..!! Shopping.. jangan cakaplah.. telekung travel, kain batik, kain pelikat, lace.. semuanya murah-murah.. seriously.. memang murah. Lebih murah kalau nak dibandingkan dengan Bandung dan Jakarta. Oh.. tiba-tiba rasa nak pergi lagi..

Okay.. masa untuk paksa diri buat thesis pulak.. huhuhu... T_T

nota kaki: sesiapa yang mau order supplement shaklee.. seperti biasa naa.. contact Cik Dibah yer.. Oh, ada barang baru yang Cik Dibah bakal jual.. nantikan kemunculannya.. coming soon.. ;) 

Ahad, 19 Januari 2014

Alfalfa Complex Shaklee

Apa itu Alfalfa?


Alfalfa, yang bermaksud; "bapa kepada segala makanan" dalam bahasa Arab, mempunyai kedudukan yang penting dalam tradisi herba purba di India, China dan Sepanyol. Para penyembuh purba telah mempelajari melalui pemerhatian selama beberapa abad yang lalu dan kami(Shaklee) pula mengesahkan melalui sains hari ini bahawa alfalfa merupakan satu gudang zat.



Tumbuhan Alfalfa

Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.

Pengamal perubatan herba (herbalists) selalunya akan mengesyorkan Alfalfa untuk pesakit yang kurang nutrisi (malnutrition), lemah (debility) dan sakit berpanjangan (prolonged illness).

Alfalfa Complex merupakan satu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam 1950-an. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

Termasuk alfalfa, pudina dan lain-lain
Tidak mengandungi fungisid, bakteriosid, hormone-hormon sintetik, pengawalatur tumbesaran atau bahan-bahan kimia 
* Individu yang menghidap SLE, haruslah mendapatkan nasihat perunding kesihatan sebelum mengambil


Apakah kebaikan Alfalfa?

Terkenal untuk merawat 3A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

Berkhasiat untuk membantu masalah:
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang 
• Kencing manis 
• Melawaskan usus 
• Ulcer 
• Fluid retention (sembab) 
• Kurang selera

Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan 
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah:
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

Promotes pituitary gland function

Meneutralkan asid dalam badan
(Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

Merawat masalah keputihan pada wanita. 
Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

As a galactagouge.
Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.

Yang berminat, boleh pm/sms/whatsapp Cik Dibah (0172009858) yer..
ataupun emel: deebahnye@gmail.com
Kalau rajin.. boleh juga melawat fb page cik dibah: Cik Deebahnye Online Shop

Nak lebih mudah.. Boleh terus klik link berikut:
Alfalfa 330 biji
Alfalfa 700 biji

Sabtu, 4 Januari 2014

Promo Jan'14: Alfalfa Complex

Happy New Year 2014!



Bagi yang dah tahu khasiat alfalfa ni, inilah masanya untuk anda borong alfalfa banyak. 
Buat stok gitu. Harga memang jauh berbezalah. 
Bagi yang masih tertanya-tanya best sangat ke alfalfa ni.. bole direct contact dibah yer..
Rugi bagi sesiapa yang taknak rebut peluang ni. Bukan selalu Shaklee nak buka promo untuk alfalfa. 

Kepada pelanggan setia ku.. juga kepada bakal pelanggan setiaku.. dibah akan bagi diskaun lebih sempena new year ni.. 
Jangan lepaskan peluang berganda ni.. 

So, tunggu ape lagi?
Hubungi dibah untuk maklumat lanjut. 

Salam sayang dari cik dibah.. muah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...